Bantuan Kecemasan Palestin

Marilah semua kita mengambil peluang ini untuk berkongsi rezeki dengan mereka

yang memerlukan.

 

Mungkin suatu hari akan tiba giliran kita pula memerlukan bantuan. Allah akan

mempermudahkan urusan kita kerana kita sering mudahkan urusan orang lain.

 

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, maksudnya:

“Bersedekahlah kamu sebelum datangnya waktu kamu tidak mampu bersedekah.

Setiap orang boleh memberikan apa-apa sahaja, dinar, dirham, pakaian, gandum,

kurma, bahkan apabila kamu hanya boleh memberikan separuh kurma, maka berikan.”

Bantuan segera diperlukan!

GAZA KINI BERADA DI AMBANG KRISIS KEMANUSIAAN YANG DAHSYAT.

Ini adalah detik penting bagi Gaza. Bersama menyokong penduduk Gaza disaat getir ini.

Bantu sekarang agar kita dapat menyelamatkan lebih banyak nyawa!

Play Video

Keadaan Terkini di Gaza

Mampukah mereka bertahan dalam keadaan begini? Sanggupkah kita membiarkan saudara kita disana terus menerus ditindas?

mknn
Sekatan makanan & bahan api

Pihak berkuasa Pertahanan Israel telah mengisytiharkan” sekatan total ” ke atas Gaza, dengan tegas melarang kemasukan bekalan penting, terutamanya makanan dan bahan api, dengan itu memperkuat kesukaran bagi penduduk di rantau ini.

F9s6jWZWUAALXEf
Kehilangan tempat tinggal

165,000 unit rumah terjejas rosak dan tidak dapat didiami.

jena
Kadar kematian meningkat setiap hari

Kementerian Kesihatan Palestin: 5,300 syahid dan 18,000 cedera sejak serangan rejim Israel ke atas Semenanjung Gaza bermula.

Kenali Pertubuhan Yemen Kasih

  • Pertubuhan Yemen Kasih merupakan organisasi amal yang berfokus di Yaman kini telah memperluaskan bantuannya ke Gaza, berkomitmen untuk memberikan bantuan kemanusiaan kepada mereka yang memerlukan akibat krisis yang berlaku di sana. 
  • Pertubuhan Yemen Kasih telah membina rangkaian yang terlatih dan berdedikasi untuk memastikan sumbangan anda mencapai kepada mereka yang memerlukan. Dengan bantuan pelajar-pelajar tempatan, ia membantu proses pengagihan barang bantuan menjadi lebih berkesan.
  • Organisasi seperti Yemen Kasih memainkan peranan penting dalam membantu meringankan penderitaan rakyat di sana dengan bekerja keras untuk menyediakan bantuan makanan, perubatan dan lain-lain keperluan asas kepada mereka yang memerlukan di Gaza.

Bagaimana anda boleh bantu?

Sumbangan anda boleh membantu menyediakan:

Tempat perlindungan: bagi beribu-ribu orang yang kehilangan rumah atau kehilangan tempat tinggal.

Bantuan segera: bekalan penting, ubat, dan rawatan kecemasan.

shel
bekalan

Bergabunglah dalam Jihad Kemanusiaan. Palestin Memanggil Anda!

Inilah masanya untuk tunjukkan solidariti kita.

Setiap sen yang anda sumbangkan bukan sahaja membantu menyediakan makanan dan keperluan asas, tetapi juga membawa harapan dan semangat untuk generasi masa depan Palestin.

Ingatlah, saat kita menikmati keselesaan di rumah kita, 

ada saudara seiman kita di Palestin yang berjuang untuk kelangsungan hidup setiap hari. 

Setiap sumbangan anda, tidak kira seberapa kecil, membawa makna yang mendalam dan menyentuh jiwa-jiwa yang memerlukannya.

Bergabunglah dalam barisan mereka yang memilih untuk tidak berdiam diri. 

Bersama-sama, kita boleh membawa perubahan nyata untuk saudara-saudara kita di Palestin.

Rasulullah SAW bersabda:

“Tidak sempurna iman seseorang di antara kalian hingga ia mencintai saudaranya segala apa yang ia cintai untuk dirinya sendiri berupa kebaikan”.

 [HR al-Bukhari dan Muslim].

 

Cara-cara Menyumbang

1- Pilih nilai yang anda ingin sumbangkan

2- Isi butiran penyumbang

3- Klik pembayaran melalui perbankan online atau mesin deposit tunai

TERIMA KASIH ATAS KEPRIHATINAN ANDA !